Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Air naik di SK Kubong, Limbang
  • WILAYAH

Air naik di SK Kubong, Limbang

Utusan Sarawak 5 months ago

LIMBANG: Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong Limbang mula dinaiki air susulan hujan lebat yang berlaku malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata hasil pemantauan pada pagi ini hingga tengah hari ini mendapati paras air naik sedalam setengah meter.

Bagaimanapun, operasi sekolah masih berjalan seperti biasa. 

Beliau berkata air naik susulan hujan secara berkala dan pertembungan air pasang mengakibatkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki air.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang melakukan pemantauan di kawasan yang berisiko banjir bermula jam 8.43 pagi sehingga tengah hari dan mendapati tiada kawasan yang terjejas teruk.

“Keadaan semasa di lokasi pemantauan masih dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden bencana dan kecemasan berlaku.

“Air beransur surut dan paras air masih dalam keadaan terkawal,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, penduduk kampung dinasihatkan agar sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan semasa.

Terdahulu sepasukan anggota diketuai Koperal (PA) Nurul Najanadhirah Hadri menyertai operasi  Pemantauan Kawasan Berisiko Banjir (Op Ramah) di kawasan terjejas membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Huang sumbang RM5,000 kepada Persatuan Ping Pong Bahagian Sarikei
Next: Tanah runtuh di hadapan Rumah Nyair Brayang Baru akibat hujan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.