Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Air naik, 28 penghuni rumah panjang di Selangau dipindahkan
  • TEMPATAN

Air naik, 28 penghuni rumah panjang di Selangau dipindahkan

Utusan Sarawak 3 months ago
BERJALAN LANCAR….Operasi pemindahan mangsa banjir di Rh Watson berjalan lancar petang tadi. 

SELANGAU: Seramai 28 orang penduduk Rumah (Rh) Watson Penghulu Jawa, di sini berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Selangau, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mangsa terdiri daripada 17 wanita dewasa, tiga lelaki dewasa, masing-masing dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan, warga emas lelaki dan wanita masing-masing seorang, seorang bayi dan Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki seorang.

Pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.20 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pemindahan mangsa.

“Operasi tersebut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

“Operasi pemindahan dilakukan disebabkan trend air naik di lokasi. Operasi pemindahan mangsa telah tamat pada jam 5.30 petang,” kata kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Jangan ambil kesempatan ketika musibah berlaku
Next: John Sikie tinjau keadaan banjir, tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.