Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Air France buang 7,500 pekerja
  • GLOBAL

Air France buang 7,500 pekerja

Utusan Sarawak 5 years ago
PEKERJA Air France berhimpun ketika mengadakan bantahan di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Tremblay-en-France, di pinggir Paris. • Foto AFP

PARIS: Syarikat penerbangan Perancis, Air France dijangka menamatkan 7,580 pekerjaan di syarikat itu serta di unitnya, Hop menjelang hujung 2022 susulan krisis Covid-19.

Dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama kakitangannya, syarikat penerbangan terbabit berkata, ia bakal menghentikan 6,560 daripada 41,000 jawatan sedia ada dan 1,020 daripada 2,420 jawatan di Hop.

Tambah kenyataan itu, selama tiga bulan, aktiviti Air France mencatatkan penurunan sebanyak 95 peratus.

Manakala di kemuncak krisis, syarikat berkenaan kerugian 15 juta euro (RM72.3 juta) sehari memandangkan pemulihan syarikat amat perlahan.

Air France berkata, syarikat itu akan memulakan proses transformasi dengan memberi fokus untuk mengubah model aktiviti domestiknya, penstrukturan fungsi sokongan dan mengurangkan kos dalaman serta luaran.

Antara lain, ia merancang mengurangkan 16 peratus kakitangan di Air France dan 40 peratus di Hop.-AFP

Continue Reading

Previous: China beri amaran kepada UK
Next: Enam maut dalam insiden tembakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.