Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Air di kawasan Julau, Nanga Stras mulai surut
  • WILAYAH

Air di kawasan Julau, Nanga Stras mulai surut

Utusan Sarawak 3 months ago

PEMANTAUAN PARAS AIR.....Keadaan di kawasan rendah berisiko banjir semasa pemantauan oleh pihak bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Kawasan di Julau dan Nanga Stras, Lemayong yang ditenggelami air telah surut semasa rondaan pemantauan dijalankan oleh pihak bomba pada pagi sehingga tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin ketika dihubungi malam ini, berkata rondaan pemantauan dijalankan bermula 10.30 pagi. 

“Rondaan pemantauan dijalankan oleh dua anggota bomba. 

“Paras air telah surut semasa anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan,” katanya. 

Beliau berkata ketika pemantauan juga, cuaca mendung di kawasan rendah berisiko banjir tersebut. 

“Rondaan pemantauan selesai pada 12.20 tengah hari. 

“Alhamdulillah, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Continue Reading

Previous: Ramai swasta bantu termasuk guna jentera berat bersihkan Bintulu pasca banjir
Next: Misi bantuan mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.