Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aidilfitri: Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi – Dzulkefly
  • SEMASA

Aidilfitri: Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi – Dzulkefly

Utusan Sarawak 2 months ago
MENTERI Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan pek makanan kepada para pesakit yang mendapatkan rawatan semasa mengadakan tinjauan kesiapsiagaan operasi kecemasan sempena Hari Raya Aidilfitri di Jabatan Kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah, hari ini.
FotoBERNAMA

SERDANG: Tahap kesiapsiagaan hospital di seluruh negara khususnya Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) berada pada tahap tertinggi, bagi memastikan keperluan perubatan dapat ditampung sepanjang musim Aidilfitri ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ETD beroperasi sepenuhnya dan KKM turut melaksanakan penggiliran cuti buat petugas perubatan, bagi memastikan sebarang kemungkinan dapat ditangani dengan baik. 

“Saya mahu pastikan kesiapsiagaan hospital untuk kita berdepan dengan pasca-Aidilfitri dan juga semasa Aidilfitri (berada di tahap tinggi),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di ETD Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang di sini, hari ini.

Beliau turut berpuas hati dengan pengurusan SMART Bed Monitor System (SBMSys) HSIS yang semakin cekap, untuk memastikan pesakit daripada ETD tidak menunggu terlalu lama bagi kemasukan ke wad untuk pemantauan atau rawatan seterusnya. 

Mengenai kesesakan di hospital, Dzulkelfy, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berusaha menangani perkara tersebut, termasuk usaha menambah bilangan kakitangan perubatan di hospital.

“Hospital utama kita agak sesak tetapi itu menunjukkan juga bahawa kita sentiasa berdepan dengan cabaran ini (dan berusaha tanganinya).

“Saya juga ingatkan semasa raya nanti, jangan tunggu lama jika sakit sebaliknya jika ada simptom datang segera ke hospital,” katanya.

Terdahulu, Dzulkelfy menyantuni kakitangan dan pesakit di HSIS Serdang dan turut menyampaikan pek makanan untuk bersahur kepada para petugas.

Mengenai sistem pemilihan penempatan pegawai perubatan iaitu ePlacement, Dzulkelfy, berkata KKM akan melaksanakan kaedah penyelesaian terbaik untuk semua petugas perubatan.

“Kita akan lakukan yang terbaik untuk benar-benar beri keadilan, empati dan kebajikan yang perlu kita jaga.

“Kesemua itu dalam sederap tindakan kami nanti, kita ambil pertimbangan semua faktor kami harap akan beri keadilan kepada semua,” katanya.

Selasa lepas, Dzulkefly, berkata sistem pemilihan penempatan pegawai perubatan atau ePlacement yang baharu dijangka dibuka semula antara Mei, dan Jun ini.

Sebelum ini, Gabungan Pegawai Perubatan Malaysia menggesa KKM mengekalkan kembali keputusan pemilihan ePlacement pada 27 Februari yang dibatalkan, serta penangguhan urusan penempatan lantikan tetap yang melibatkan 2,245 calon pegawai perubatan baru-baru ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Minyak masak terpakai kini jadi komoditi utama dalam penghasilan SAF
Next: KPM laksana pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid bermula 21 April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.