Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • “Aidilfitri berbeza tanpa ayah” – Dr Annuar
  • Tengah
  • WILAYAH

“Aidilfitri berbeza tanpa ayah” – Dr Annuar

Utusan Sarawak 2 months ago
ZIARAH… Datuk Dr Annuar Rapa’ee menziarahi pusara Allahyarham ayahnya di Tanah Perkuburan Kemuyang hari ini. Foto Facebook Dr Annuar Rapa’ee

SIBU: “Aidilfitri kali ini amat berbeza dan sangat terasa. Buat pertama kali, saya beraya tanpa ayah di sisi,” demikian luahan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu menziarahi pusara Allahyarham bapanya di Tanah Perkuburan Kemuyang hari ini, iaitu hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam menyambut Aidilfitri.

Kesedihan itu turut dirasai oleh isterinya, Datin Dr Haniza Zainal Abidin yang juga buat pertama kali merayakan Syawal tanpa kehadiran ayah tersayang.

“Isteri saya pun turut terasa kerana dia juga sama buat pertama kali ayahnya sudah tiada. Kedua-dua kami kehilangan ayah dan ayah mertua masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Annuar turut menziarahi pusara kawan seperjuangan Almarhum Abg Mohd Jess.

Ayah kepada Dr. Annuar, iaitu Rapaie Tarip, meninggal dunia pada 22 April lalu pada usia 94 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Othman, serta enam anak iaitu lima lelaki dan seorang perempuan serta lebih 20 cucu.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Waterfront Bekenu bakal cantikkan tebing sungai Kampung Rambai
Next: 25 individu terima sijil NRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.