Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aidiladha perkukuh perpaduan, harmoni masyarakat luar bandar
  • Selatan
  • WILAYAH

Aidiladha perkukuh perpaduan, harmoni masyarakat luar bandar

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa menghadiri Majlis Tahlil Perdana sempena Hari Raya Aidiladha yang berlangsung di Surau Wahdah Al-Ummah, Kampung Tanah Baru Sembau, semalam. Foto ADUN Lingga

SIMANGGANG: Penghayatan terhadap nilai-nilai murni sempena Aidiladha mampu menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, nilai pengorbanan yang dituntut dalam Islam sewajarnya diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang membawa kebaikan kepada komuniti secara menyeluruh.

​Beliau menekankan bahawa Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT yang perlu terus dihayati serta diterjemahkan melalui semangat saling membantu, prihatin dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

​”Tanpa ada kesedaran untuk saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain, agenda pembangunan modal insan dan penyatuan ummah yang harmoni sukar untuk dicapai dengan berkesan,” katanya.

​Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Tahlil Perdana sempena Aidiladha yang berlangsung di Surau Wahdah Al-Ummah, Kampung Tanah Baru Sembau, semalam.

​Dalam majlis yang penuh bermakna itu, beliau turut mengajak seluruh hadirin untuk terus mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat ahli keluarga, saudara-mara serta seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

​Pada masa yang sama, Dayang Noorazah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Surau Wahdah Al-Ummah serta seluruh penduduk Kampung Tanah Baru Sembau yang hadir dan bersama-sama menjayakan majlis berkenaan.

“​Kerjasama erat yang ditunjukkan oleh jawatankuasa surau dan penduduk kampung dalam penganjuran program keagamaan seperti ini membuktikan bahawa semangat gotong-royong masih menebal dalam kalangan masyarakat setempat,” ujarnya.

​Beliau berharap semoga majlis seumpama ini terus menjadi medium memperkukuh silaturahim, menyemai semangat kebersamaan serta mempererat ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat demi masa depan Lingga yang lebih sejahtera.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Hari Wesak disambut meriah, harmoni di Limbang
Next: Ibadah korban perkukuh silaturahim, semarak semangat gotong-royong di Saribas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.