Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AI satu keperluan bagi usahawan, koperasi
  • TEMPATAN

AI satu keperluan bagi usahawan, koperasi

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Sri Naroden Majais hadir pada Program JOM@COOP 2025 & Bicara Ilmu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

KUCHING: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan perniagaan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi usahawan dan koperasi untuk terus bersaing dalam era digital.

Penasihat Khas kepada Premier Sarawak (Ekonomi dan Keusahawanan), Dato Sri Naroden Majais berkata, usahawan harus memahami dan mengadaptasi teknologi AI serta platform digital dalam operasi harian mereka bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

“AI bukan lagi sekadar konsep masa depan, tetapi telah menjadi realiti yang mempengaruhi hampir setiap aspek kehidupan kita, termasuk dalam bidang perniagaan,” katanya ketika berucap dalam Program JOM@COOP 2025 & Bicara Ilmu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau menegaskan bahawa AI bukan sahaja memudahkan urusan pengurusan data, malah membantu dalam membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.

Sebagai contoh, teknologi ini telah digunakan dalam sektor pertanian moden, perhotelan, restoran, dan perkhidmatan penerbangan bagi meningkatkan kecekapan operasi.

“Usahawan dan koperasi perlu bergerak seiring dengan perubahan ini.

“Kita tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya pada cara lama, sebaliknya perlu memanfaatkan teknologi untuk memastikan perniagaan kekal berdaya saing,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menekankan bahawa strategi pemasaran perniagaan kini telah berubah dengan ketara, beralih daripada kaedah tradisional kepada platform digital dan AI.

“Promosi tidak lagi menggunakan media cetak semata-mata.

“Kini, media sosial dan kecerdasan buatan memainkan peranan penting dalam memastikan perniagaan lebih luas jangkauannya dan lebih berkesan dalam menarik pelanggan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa para usahawan dan koperasi di Sarawak agar lebih peka terhadap perkembangan teknologi serta bersedia mengubah strategi perniagaan mereka agar dapat terus berkembang dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Industri pelancongan Sarawak tunjuk pemulihan kukuh
Next: SFM anjur kempen derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.