Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri
  • SEMASA

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menzahirkan rasa dukacita atas kejadian menyayat hati itu yang berlaku ketika sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

“Semoga mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyeru orang ramai agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga Jumaat ini.

“Justeru, saya menyeru semua pihak agar berwaspada, terutama mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi. Keselamatan harus diutamakan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran terkini melalui publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir, X @JPS_InfoBanjir, aplikasi myCuaca MetMalaysia dan portalbencana.nadma.gov.my.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Insiden tanah runtuh: JKR diarah nilai keadaan cerun di seluruh negeri – Uggah
Next: TYT rakam takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.