Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 21 hakim
  • SEMASA

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 21 hakim

Utusan Sarawak 2 years ago

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak kepada Datuk Abdul Rahman Sebli pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Negara hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 21 hakim di Istana Negara di sini.

Turut berangkat pada istiadat di Singgahsana Kecil Istana Negara itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai senarai penerima hari ini.

Ia diikuti Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan surat cara kepada enam Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Azman Abdullah, Datuk Azimah Omar, Datuk Lim Chong Fong, Datuk Collin Lawrence Sequerah, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Wong Kian Kheong.

Selain itu, 11 Hakim Mahkamah Tinggi ialah Datuk Norsharidah Awang, Tee Geok Hock, Datuk Zaleha Rose Pandin, Alice Loke Yee Ching, Datuk Azhar Abdul Hamid, Dr Arik Sanusi Yeop Johari, G. Bhupindar Singh, Mahazan Mat Taib, Ahmad Murad Abdul Aziz, Liza Chan Sow Keng dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya.

Turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hutang negara termasuk liabiliti cecah RM1.5 trilion – PM
Next: Lantik bank salur bantuan awal persekolahan, jangan beban guru bawa duit banyak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.