
PAKAN: Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) Gerempung Raban Pakan (GRP) akan diadakan 29 Mac ini di Dewan Masyarakat Pakan, kata pengerusinya Jerenang Jawa.
Katanya, semua ahli persatuan dan juga orang ramai yang ingin menyertai GRP dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.
“Mesyuarat akan bermula pada 9.00 pagi dan saya berharap semua ahli GRP dapat hadir.
“Kehadiran semua ahli dalam mesyuarat ini menunjukkan komitmen anda untuk memperkukuh dan menyokong GRP agar persatuan dapat terus aktif menghulurkan bantuan kepada komuniti kita.
“Semua ahli GRP dan orang ramai yang ingin menyertai persatuan ini dijemput untuk datang,” katanya kepada media, baru-baru ini.
Katanya, mesyuarat akan dimulakan dengan ucapannya, diikuti dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat terdahulu.
“Seterusnya, laporan daripada setiausaha dan bendahari GRP akan dibentangkan sebelum Jawatankuasa Agung GRP 2023/2025 dibubarkan bagi memberi laluan kepada pemilihan jawatankuasa baharu.
“Kemudian, pemilihan dan pelantikan Jawatankuasa Agung GRP 2025/2027 akan diadakan dan mana-mana ahli GRP yang sah juga boleh mengemukakan nama mereka,” katanya.
Selepas penubuhan jawatankuasa baharu, mesyuarat akan ditangguhkan selepas sesi pembentangan cadangan serta perancangan acara bagi tempoh akan datang.
Oleh Earl Anek