Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agihan sumbangsih Raya cerminan kebersamaan anggota sambut Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Agihan sumbangsih Raya cerminan kebersamaan anggota sambut Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin menyerahkan sumbangsih Raya kepada anggota bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor mengadakan majlis Iftar Ramadan serta penyerahan agihan sumbangsih Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua anggota bomba. 

Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah itu dihadiri Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin dan semua warga BBP Bintangor, baru-baru ini. 

“Iftar ini bukan sekadar berbuka puasa bersama, tetapi satu wadah untuk menyemai semangat kekitaan, menghargai pengorbanan anggota dan memperkukuh ikatan sesama warga bomba,” katanya ketika dihubungi media, hari ini. 

Pada majlis tersebut, turut diadakan sesi penyerahan cenderamata penghargaan kepada Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mohammad Khusairi yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada penghujung April tahun ini.

“Mohammad Khusairi telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. 

“Kami di BBP Bintangor amat menghargai segala sumbangan beliau,” katanya. 

Agihan sumbangsih Raya kepada semua anggota bomba turut mewarnai majlis, mencerminkan keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan anggota BBP Bintangor menjelang Aidilfitri.

Majlis berjalan dengan lancar dan jayanya, disulami rasa syukur dan keakraban antara semua yang hadir, mengukuhkan lagi semangat setia kawan dalam kalangan barisan hadapan keselamatan ini.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PJR terus bantu ringankan beban rakyat
Next: Tingkat jumlah destinasi terus melalui pembesaran landasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.