Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agihan ‘penganan’ perkukuh perpaduan masyarakat di Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Agihan ‘penganan’ perkukuh perpaduan masyarakat di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
FRIDAY semasa menghadiri program agihan penganan yang dianjurkan oleh SDNU dan SIDS Cawangan Saratok, semalam. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Penganjuran program agihan ‘penganan’ kepada orang ramai dilihat sebagai platform terbaik untuk menyatupadukan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, aktiviti seumpamanya wajar diteruskan dan tidak hanya tertumpu kepada musim perayaan tertentu sahaja.

Menurut beliau, program agihan penganan tidak seharusnya dilaksanakan semasa sambutan Hari Gawai Dayak semata-mata, sebaliknya perlu diperluaskan kepada perayaan lain bagi memastikan semangat perpaduan terus subur sepanjang masa.

Katanya, usaha tersebut mampu menjadi medium efektif dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai latar belakang di negeri ini.

FRIDAY mengagihkan ‘penganan’ kepada orang ramai di Saratok.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program agihan penganan yang dianjurkan oleh Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Saratok, di sini, semalam.

Tambahnya, penganjuran program tersebut juga dilihat sebagai langkah penting dalam memelihara dan mengekalkan kesinambungan kuih tradisional yang menjadi identiti dan kebanggaan masyarakat Iban.

Friday menjelaskan bahawa penganan tradisi bukan sahaja memperlihatkan warisan budaya, malah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan kekayaan gastronomi tempatan kepada generasi muda.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak program seumpamanya dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi memastikan warisan pembuatan penganan tidak pupus ditelan zaman serta terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program pembuatan sabun perkasa komuniti di DUN Lingga jana pendapatan baharu
Next: SK Sayed Othman dijangka siap Jun, atasi kesesakan pelajar di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.