Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • Agensi-agensi di bawah K-KOMM perlu berjiwa besar, sedia dengar pandangan
  • ADVERTORIAL

Agensi-agensi di bawah K-KOMM perlu berjiwa besar, sedia dengar pandangan

Utusan Sarawak 3 years ago

RAJA PERLIS TUANKU SYED SIRAJUDDIN TUANKU SYED PUTRA JAMALULAIL

KANGAR: Agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM)  perlu berjiwa besar dan lebih terbuka terutama dalam menjaga hubungan dengan media dan rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pentadbiran agensi-agensi kerajaan termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu sedia mendengar dan tidak boleh mengharapkan orang hanya mendengar kata mereka.

“Mendengar maklum balas itu bagi saya satu benda yang baik dan tidak perlu kita mengecam sesiapa yang memberi pandangan walaupun mungkin pandangan itu tidak sedap didengar oleh kita.

Nasihat saya ialah kita agensi-agensi tidak perlu sensitif  sangat dengan teguran dan mesti terbuka,  tidak salah untuk kita mendengar saranan dan teguran,” katanya  pada sidang media sempena perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra di sini baru-baru ini.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wartawan penyiaran Bernama TV Sydney Yap Xi Ni menerusi laman Facebooknya bahawa Bernama TV telah memotong gaji dan elaun serta lewat dalam pengambilan petugas baharu bagi menggantikan mereka yang telah berhenti kerana melanjutkan pelajaran dan mendapat tawaran di stesen televisyen lain.

Beliau berkata konsep Keluarga Malaysia ialah mesti sanggup mendengar  masalah dan pandangan anggotanya.

Annuar juga mengucapkan terima kasih kepada pandangan dan teguran yang diberikan oleh wartawan penyiaran Bernama TV itu. 

“Kalau ada benar kelemahan,  kita harus perbaikinya dan pada saya kebajikan kakitangan adalah benda  yang penting,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peranan Pasukan Khas Jihad Inflasi luas
Next: Kawal harga ayam, utamakan bekalan mencukupi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.