Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aerodance satukan 250 peserta pelbagai kaum di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Aerodance satukan 250 peserta pelbagai kaum di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
KONG (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ho pada Program Aerodance Matahari Terbit Sarawak 2026 di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

SIBU: Seramai 250 peserta daripada pelbagai kaum dan peringkat umur menyertai Program Aerodance Matahari Terbit Sarawak 2026 di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Bahagian Sibu, Kong Sieng Kieng berkata, program berkenaan dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui senaman yang mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, aktiviti aerodance menggabungkan elemen muzik, rentak dan pergerakan badan yang sesuai untuk semua golongan tanpa mengira umur atau jantina.

AERODANCE satukan 250 peserta pelbagai kaum di Sibu

“Program ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat bersenam secara berkala, malah membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup peserta.

“Pada masa sama, ia turut mewujudkan ruang interaksi yang mampu mengukuhkan hubungan serta persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan media.

Program tersebut dirasmikan oleh Boston Ho Teck Howe yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

AERODANCE satukan 250 peserta pelbagai kaum di Sibu

Kong berkata, Sarawak terus menjadi contoh terbaik dalam aspek keharmonian kaum hasil budaya saling menghormati dan bertolak ansur yang diamalkan rakyatnya sejak dahulu lagi.

Katanya, nilai perpaduan yang terjalin melalui aktiviti komuniti seperti program kecergasan perlu terus dipelihara sebagai warisan kepada generasi akan datang.

Program berkenaan turut diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Persatuan Jurugambar Komersial Sarawak sebagai manifestasi sokongan persatuan terhadap aktiviti kesihatan dan kemasyarakatan.

Turut hadir, Kaunselor Michelle Law Wan Ling yang mewakili Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horh.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pembangunan DUN Kabong terus diperkasa, perpaduan rakyat jadi teras sambutan Gawai Dayak
Next: Keunikan Sarawak terserlah menerusi program GongXiRayaGawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.