Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Tanjong Batu sumbang RM100,000 bantu mangsa banjir
  • TEMPATAN

ADUN Tanjong Batu sumbang RM100,000 bantu mangsa banjir

Utusan Sarawak 4 months ago

Abang Johari menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan daripada Johnny Pang kepada Pengerusi JPBB, Datu Nyurak Keti pada Majlis Jamuan Bersama Rakyat anjuran ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, dan Parti SUPP Cawangan Bintulu di Restoran Dinner World di Bintulu, hari ini. Foto UKAS

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di Bahagian Bintulu. 

Pengumuman tersebut dibuat pada Malis Jamuan Bersama Rakyat yang telah diubah suai untuk memberi fokus kepada usaha pemulihan pasca banjir.

Menurutnya, keputusan untuk memberi sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat. 

“Kami berdiri bersama anda semua terutama mereka yang sedang menghadapi kesulitan akibat bencana ini. 

“Sumbangan ini adalah langkah pertama dalam usaha kami untuk meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya pada majlis anjurannya itu dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu di Restoran Dinner World di Bintulu hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapannya, Johnny Pang turut menyeru kepada sektor awam, swasta dan individu untuk berganding bahu dalam memberi sokongan kepada mangsa-mangsa banjir. 

“Kita perlu bekerja bersama untuk memastikan mereka yang terjejas mendapat bantuan yang sepatutnya,” tambahnya.

Johnny Pang menjelaskan sumbangan tersebut akan disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu untuk membantu mangsa banjir seperti bantuan kecemasan bagi keluarga terjejas, bekalan makanan dan keperluan asas, serta usaha pembersihan dan pemulihan kawasan yang terjejas.

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada agensi keselamatan, sukarelawan dan pihak swasta yang telah memberikan bantuan segera dalam usaha menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

“Bintulu adalah sebuah komuniti yang kuat dan bersama-sama, kita akan mengatasi cabaran ini,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Kerosakan akibat banjir besar di Bintulu dinilai secara menyeluruh – Abang Johari
Next: Banjir Bintulu: Mangsa cemas saat air naik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.