Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tanjong Batu buka pusat khidmat bantu mangsa banjir mohon bantuan kewangan kerajaan
  • WILAYAH

ADUN Tanjong Batu buka pusat khidmat bantu mangsa banjir mohon bantuan kewangan kerajaan

Utusan Sarawak 3 months ago

Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu, Johnny Pang menyediakan khidmat rundingan dan bantuan permohonan bantuan kerajaan untuk mangsa banjir.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang mengumumkan pembukaan kaunter khidmat bagi membantu mangsa banjir membuat permohonan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Menurut beliau, ramai penduduk yang terjejas masih keliru dengan proses permohonan bantuan. 

Oleh itu, pasukannya akan menyediakan khidmat rundingan serta bimbingan dalam mengisi borang permohonan agar semua mangsa banjir yang layak dapat menerima bantuan sewajarnya.

“Saya faham ramai yang mempunyai persoalan mengenai bantuan kerajaan. 

“Oleh itu, kami akan membuka kaunter khas untuk memberi penerangan dan membantu mereka mengisi borang permohonan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Kaunter bantuan tersebut akan dibuka mulai 3 Februari (Isnin), dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu yang terletak di tingkat atas restoran Kawan Lama.

Penduduk yang terjejas digalakkan untuk hadir bagi mendapatkan maklumat lanjut, sekali gus dapat memastikan permohonan mereka dikemukakan dengan betul serta tepat pada masanya.

Dengan langkah seumpama itu, pihaknya berharap agar proses pengagihan bantuan dapat berjalan lancar dan lebih ramai mangsa banjir akan menerima bantuan yang diperlukan.

Continue Reading

Previous: Sukarelawan Jiwa PUTRA bantu bersih kawasan terjejas banjir 
Next: Pencarian bot nelayan dilaporkan hilang diteruskan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.