Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • ADUN Repok sumbang 888 beg sekolah kepada pelajar, murid sembilan sekolah
  • PENDIDIKAN

ADUN Repok sumbang 888 beg sekolah kepada pelajar, murid sembilan sekolah

Utusan Sarawak 3 weeks ago

TERIMA KASIH… Kapitan Ling Sien Chuong selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan bantuan beg sekolah.

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan sebanyak 888 beg sekolah kepada pelajar dan murid dari sembilan buah sekolah.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, bantuan tersebut diserahkan oleh wakil Tiong Sii yang diketuai oleh Kapitan Ling Sien Chuong.

“Pelajar dan murid yang menerima bantuan beg sekolah adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh, Sekolah Menengah (SM) Ming Lik, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tiong Ho, SJKC St Martin, SJKC Chung Hien, Sekolah Kebangsaan (SK) Udin, SK Balong, SK Assun dan SK Sungai Paoh.

“Dato’ Sri Huang Tiong Sii sangat mementingkan bidang pendidikan di Parlimen Sarikei.

“Setiap tahun, beliau menyumbangkan bantuan untuk keperluan para pelajar dan murid.

“Bantuan tersebut adalah seperti bantuan pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ia adalah bertujuan menyokong pembangunan pendidikan di kawasan Parlimen Sarikei.
Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Koperasi sekolah bentuk nilai keusahawanan, kepimpinan pelajar
Next: Samrah Travel, Semarak Kreatif bentuk kerjasama strategik rentas industri, akademik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.