Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong terima dua kunjungan hormat
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong terima dua kunjungan hormat

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KUNJUNGAN HORMAT…..Ahli-ahli Gereja BEM (SIB) Bandar Bintangor mengadakan perbincangan bersama Datuk Ding Koung Hiing. 

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menerima dua kunjungan hormat di Pusat Khidmat DUN Meradong, baru-baru ini. 

Kunjungan pertama melibatkan rombongan dari ahli Gereja BEM (SIB) Bandar Bintangor yang hadir untuk membincangkan permohonan tapak tanah baharu bagi tujuan pembinaan gereja.

Dalam sesi pertemuan itu, pelbagai aspek teknikal turut dibincangkan termasuk cadangan lokasi yang sesuai.

JEMPUTAN RASMI….ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menerima jemputan rasmi daripada Guru Besar SK Ulu Binatang, Alim Johan (dua kiri) dan SJKC Yong Kwong, Ha Tiing Hie (kanan).

Koung Hiing berkata, beliau amat menghargai kesungguhan pihak gereja dan komited untuk membantu memudahkan proses permohonan selaras dengan prosedur yang ditetapkan.

Turut hadir Pengerusi Pembangunan Gereja BEM Bandar Bintangor, Isau Sugi.

Dalam sesi berasingan pada hari yang sama, beliau turut menerima kunjungan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Binatang, Alim Johan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Kwong, Ha Tiing Hie yang mengemukakan jemputan rasmi ke majlis penutupan kejohanan olahraga MSSD Meradong 2025, kategori bawah 11 dan 12 Tahun Ke Bawah (TKB). 

Justeru, Tiing Hie turut memohon sokongan bagi pemasangan mesin air mineral di sekolah sebagai kemudahan asas kepada pelajar dalam aktiviti harian.

Turut hadir Pemanca Yii Hee Sieng dan Tuai Rumah Ngipa Andieng.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dedah murid, guru langkah cegah kebakaran
Next: Anak buaya tersangkut pada mata kail

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.