Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Meradong sumbang kerusi roda kepada warga emas
  • TEMPATAN

ADUN Meradong sumbang kerusi roda kepada warga emas

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan sumbangan dua buah kerusi roda kepada ahli keluarga kedua-dua warga emas. Foto: Earl Anek
 

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menyumbangkan dua buah kerusi roda kepada dua orang warga emas. 

Sumbangan tersebut diserahkan oleh beliau kepada penerima bertempat di Pusat Khidmat N46 Meradong, hari ini. 

Dua orang penerima tersebut ialah Piau Itam, 78, dari Rumah Rendu, Skim B dan Ujoh Ambang,77, dari Rumah Maja, Sungai Baron. 

Katanya, semasa menjalankan lawatan pra-Gawai baru-baru ini, beliau turut melawat kedua-dua warga emas yang mengalami masalah pergerakan. 

“Sumbangan kerusi roda ini diserahkan kepada ahli keluarga kerana kedua-dua warga emas ini mengalami masalah pergerakan. 

“Mereka memerlukan penjagaan sepenuh masa oleh ahli keluarga,” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan sumbangan kerusi roda. 

Katanya, beliau berharap kedua-dua warga emas tersebut sentiasa dalam keadaan sihat. 

“Dengan adanya kerusi roda ini, saya harap ia akan memudahkan ahli keluarga menjaga mereka. Semoga ahli keluarga mereka sentiasa dalam keadaan sabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelbagai inisiatif kebajikan, bukti keprihatinan kerajaan Sarawak
Next: SUPP Kuching buka kaunter bantu pelajar mohon elaun RM1,200

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.