Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • ADUN Lingga, JKM hulur bantuan kepada mangsa kebakaran
  • KEBAKARAN

ADUN Lingga, JKM hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 2 months ago
BELA NASIB… Suhaidi Los dan Shariff Bujang menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran, Sahari Pon, hari ini.

SIMANGGANG: Nasib yang menimpa empat keluarga selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Surau, Kampung Hilir Simanggang tengah hari tadi mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Suhaidi Los bersama Ketua Penerangan, Zakaria Othman dan Ketua Pemuda PBB Lingga, Abdul Rahim Jamil tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Suhaidi berkata, sumbangan tersebut adalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor yang kini berada di luar kawasan untuk menyelesaikan tugasan rasmi.

Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban mangsa dan pada masa sama tindakan susulan akan diambil oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab.

“Saya berharap seluruh keluarga mangsa kebakaran bersabar dan sentiasa kuatkan semangat dan iman menghadapi dugaan tersebut.

“Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat memberikan semangat baharu kepada semua mangsa yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sri Aman turut menyampaikan sumbangan kilat kepada mangsa kebakaran.

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa keperluan asas harian seperti tilam, tikar, tuala, kain telekung, sejadah, kain pelikat, selimut, bantal serta makanan dan minuman.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Pemanca Abang Norin Abang Norudin dan Ketua Kampung Haji Undom Jimi Peri.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Impian sambut Aidilfitri di rumah baharu tidak kesampaian
Next: Bilik sauna hotel terkemuka terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.