Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka santuni rombongan SK Lubok Nibong di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka santuni rombongan SK Lubok Nibong di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
MOHAMAD Duri berkesempatan menyantuni para pelajar, guru serta ibu bapa SK Lubok Nibong pada majlis makan malam santai bersempena lawatan baru-baru ini. Foto ADUN Kalaka

KUCHING: Lawatan sambil belajar anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Nibong di sini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memperkasa ilmu pengetahuan serta membentuk jati diri pelajar melalui pendedahan kepada pelbagai aspek sejarah, budaya dan pembangunan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, program seumpama itu wajar diteruskan kerana mampu membuka minda pelajar selain memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah.

Beliau berkata demikian ketika berkesempatan menyantuni para pelajar, guru serta ibu bapa dalam majlis makan malam santai bersempena lawatan tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

Menurutnya, lawatan yang disertai oleh pelajar tahun lima dan tahun enam bersama warga sekolah itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai tempat menarik di ibu negeri Sarawak.

“Program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mengenali keindahan dan keunikan tempat menarik, malah turut membantu mereka memahami sejarah dan warisan negeri dengan lebih dekat,” katanya.

Sepanjang tiga hari lawatan tersebut, para peserta telah mengunjungi beberapa lokasi utama termasuk Muzium Budaya Sarawak, Tebingan Kuching, Kampung Budaya Sarawak, Taman Sahabat serta Rumah Seri Kenangan.

Dalam pada itu, Mohamad Duri turut berharap agar usaha sebegini dapat diteruskan dengan sokongan pelbagai pihak demi memastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan dalam memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh dan bermakna.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 37 pelajar SPM 2025 SMK Meradong terima insentif kecemerlangan
Next: IPD Lawas anjur program panggil nama, ikrar dan nyanyian Negaraku, 55 anggota hadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.