Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Kabong santuni penduduk ditimpa musibah
  • TEMPATAN

ADUN Kabong santuni penduduk ditimpa musibah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
 DATO Mohd Chee Kadir dan Dafin Meryani Yassin menziarahi dua penduduk yang kini sedang terlantar di hospital dan di kediaman mereka, semalam. Foto ADUN Kabong

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semalam berkesempatan menziarahi rakyatnya yang terlantar sakit di Hospital Umum Sarawak.

Ketua Kampung Baru Kabong, Lehah Rahmat kini sedang menghidap penyakit strok akibat pendarahan salur darah di bahagian kanan otaknya.

Keadaan beliau kini beransur pulih selepas menjalani intervensi kecemasan oleh pakar Neurologi. 

Selepas itu, Chee Kadir turut menziarahi seorang penduduk, Dr Rosana Abang Bolhasan yang kini terlantar di kediaman beliau di Kuching selepas menjalani rawatan di hospital.

Beliau menghidap jangkitan paru-paru dan jangkitan pada bahagian usus.

DATO Mohd Chee Kadir dan Dafin Meryani Yassin menziarahi dua penduduk yang kini sedang terlantar di hospital dan di kediaman mereka, semalam. Foto ADUN Kabong

“Saya dan isteri, Dafin Meryani Yassin yang kebetulan berada di Kuching terus menziarahi kedua-dua penduduk tersebut di hospital dan di kediaman mereka dan menyampaikan sumbangan bagi membantu meringan beban untuk membiayai kos perubatan mereka,” katanya.

Chee Kadir, berkata walaupun sumbangan yang dihulurkan tidak mampu menanggung keseluruhan kos perubatan yang dialami oleh kedua-dua penduduk itu, namun sekurang-kurangnya mampu meringankan sedikit beban keluarga mereka.

Beliau turut berharap semoga kedua-dua pesakit berkenaan tabah menempuh dugaan dan mendoakan semoga beliau cepat pulih.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan kedua-dua mereka, semoga segala urusan mereka itu dipermudahkan,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bumbung Pusat Sivik Kuching perlu dibaiki segera
Next: Kematian kejam kucing di kampus, DAP minta bukti CCTV dan tindakan tegas polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.