Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Jepak tinjau lapan lokasi projek RTP
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Jepak tinjau lapan lokasi projek RTP

Utusan Sarawak 8 hours ago
 ISKANDAR (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen berkaitan projek RTP kepada wakil komuniti semasa lawatan kerja di salah satu lokasi di Jepak.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee hari ini mengadakan lawatan kerja ke lapan lokasi sekitar Jepak, Samarakan dan Kuala Tatau bagi meninjau pelaksanaan serta keperluan projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, lima projek merupakan kerja serahan manakala tiga lagi berada pada peringkat penilaian bagi penyediaan Bill of Quantities (BQ).

“Lawatan ini penting bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut keperluan sebenar masyarakat serta memberi impak langsung kepada penduduk,” katanya.

Antara projek yang ditinjau adalah kerja baik pulih Masjid Al-Amin di Kuala Tatau yang melibatkan kos sekitar RM99,000.

ISKANDAR (tengah) menyaksikan sesi penyerahan dokumen projek sambil disertai wakil agensi pelaksana dan penduduk setempat dalam lawatan RTP di sekitar Bintulu.

Di Samarakan, projek naik taraf surau di rumah panjang komuniti mualaf dilaksanakan dengan anggaran kos sekitar RM50,000, selain lawatan tapak di Rumah Jeba Rayang bagi tujuan penilaian BQ.

Lawatan seterusnya melibatkan projek naik taraf kemudahan di Kampung Warisan Jepak dengan anggaran kos sekitar RM100,000.

Turut dilaksanakan adalah projek di Hub Komuniti Jepak yang melibatkan peruntukan kira-kira RM200,000 bagi meningkatkan kemudahan untuk kegunaan masyarakat setempat.

Selain itu, projek naik taraf jalan di Kampung Sebuan Besar Jepak yang melibatkan lima lokasi dilaporkan hampir siap dengan kos sekitar RM89,000.

Bagi kemudahan awam, Dewan Serbaguna Kampung Jepak turut dinaik taraf melibatkan pemasangan penghawa dingin, pentas serta kerja baik pulih lain dengan anggaran kos RM100,000.

Lawatan diakhiri di Dewan Serbaguna Kampung Kemunting yang akan dinaik taraf termasuk kerja pembinaan pentas, pemasangan jubin, mengecat semula serta baik pulih bumbung dan kemudahan lain.

Iskandar berkata,kebanyakan projek berkenaan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan bergantung kepada skop kerja dan kelulusan teknikal.

Katanya lagi, kerjasama antara agensi pelaksana, ketua masyarakat, tuai rumah serta jawatankuasa masjid dan surau menjadi faktor utama kejayaan pelaksanaan projek.

Selain itu, beliau memberitahu, lebih banyak lokasi akan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek RTP 2026 bagi memastikan pembangunan kawasan terus diperkasa.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: SMK Tudan hampir siap, dijangka beroperasi Jun ini
Next: Program pembuatan sabun perkasa komuniti di DUN Lingga jana pendapatan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.