Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Bukit Goram pastikan mangsa banjir di Kapit terima bantuan
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Bukit Goram pastikan mangsa banjir di Kapit terima bantuan

Utusan Sarawak 1 month ago
SANTUNI RAKYAT… Datuk Jefferson Jamit Unyat serta yang lain menyantuni salah seorang penduduk semasa melawat Rumah John Ramba di Sungai Sibau, Kapit hari ini. Foto UKAS

KAPIT: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat akan memastikan mangsa-mangsa banjir di Kapit sebelum ini dibantu bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan dan bantuan itu akan dipastikan disalur terus kepada keluarga-keluarga yang terjejas dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat Rumah John Ramba di Sungai Sibau, Kapit hari ini.

Jefferson yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram turut melahirkan rasa syukur kerana tiada berlaku kemalangan jiwa atau kecederaan sepanjang musibah itu berlaku.

Selain itu, beliau menambah lawatan tersebut bertujuan meninjau kerosakan yang dialami dan mengenal pasti tindakan yang perlu diambil untuk membantu mereka yang terjejas.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Bencana Bahagian Kapit seperti Pejabat Residen Bahagian Kapit, Pejabat Daerah Kapit, Pejabat Daerah Bukit Mabong, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kapit, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta semua agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat semasa musibah banjir sebelum ini.

Sebagai tanda keprihatinan, Jefferson juga bersetuju untuk menyumbang sebuah perahu gentian serta enjin sangkut berkuasa 5 kuda untuk kegunaan semasa kecemasan. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Impian penduduk miliki jalan raya tercapai
Next: UTS, Bertam View perkukuh kerjasama R&D teknologi dron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.