Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Abe jalani pemeriksaan kesihatan
  • GLOBAL

Abe jalani pemeriksaan kesihatan

Utusan Sarawak 5 years ago
PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe.

TOKYO: Perdana Menteri Shinzo Abe pada Isnin dilaporkan sekadar menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Tokyo, walaupun terdapat khabar angin mengenai tahap kesihatan pemimpin nombor satu Jepun itu, lapor agensi berita Xinhua.

Kyodo News melaporkan Abe ke Hospital Universiti Keio di ibu negara itu sehari selepas bekas Menteri Ekonomi, Akira Amari berkata kepada satu program televisyen, perdana menteri perlu berehat dan mungkin mengalami keletihan.

Abe, 65, semasa memegang jawatan perdana menteri pada akhir September 2006, pernah secara tiba-tiba mengundurkan diri daripada jawatannya pada 2007, dikatakan kerana menghidap penyakit berkaitan usus. 

Pada awal bulan itu juga Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga menafikan perkara itu “Saya melihat perdana menteri setiap hari, dan saya rasa dia sama sekali tidak mempunyai masalah kesihatan dan telah melaksanakan tugasnya dengan lancar.”

Seorang pegawai kerajaan pada Isnin berkata perdana menteri menjalani pemeriksaan kesihatan selama sehari di sebuah hospital di Tokyo.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan California semakin merebak
Next: Gempa bumi 6.6 magnitud landa Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.