Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abdullah Saidol bangga komitmen penduduk jayakan majlis di Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

Abdullah Saidol bangga komitmen penduduk jayakan majlis di Daro

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SIMBOLIK… Datuk Abdullah Saidol menumbuk lesung sebagai simbolik perasmian pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Semop. Foto UKAS

DARO: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) yan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol menzahirkan rasa bangga dan syabas kepada seluruh penduduk kampung serta pihak yang terlibat atas komitmen tinggi dan kerjasama erat yang telah menjayakan majlis dengan cemerlang.

“Saya menyifatkan program seumpama ini sebagai platform penting dalam merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat,” ujarnya pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Semop di sini.

RAKAM KENANGAN… Datuk Abdullah Saidol bergambar bersama yang lain pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Semop. Foto UKAS

Menghimpunkan lebih 300 penduduk dari Kampung Semop dan kawasan sekitar, majlis ini turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan Rumah Raya yang mendapat penyertaan daripada enam komuniti iaitu empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), SMK Semop dan SK Semop.

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni itu dimeriahkan dengan cabutan bertuah serta pemberian duit raya kepada anak-anak sebagai simbol keriangan Syawal.

Suasana penuh ceria dan ukhuwah jelas terpancar sepanjang program berlangsung, mencerminkan semangat perpaduan serta kekitaan yang kukuh dalam kalangan penduduk kampung. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh pengeluaran padi melalui Paddy Board
Next: Rumah dinaiki air susulan hujan lebat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.