Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Abdul Karim harap isu pengguguran acara Sukma diteliti
  • SUKAN

Abdul Karim harap isu pengguguran acara Sukma diteliti

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media selepas menghadiri majlis penutupan Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia Milo ke-61 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Kuching, hari ini.

KUCHING: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap isu pengguguran beberapa acara pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor diteliti semula bagi memastikan pembangunan sukan terus seimbang di seluruh negara.

Beliau berkata, pengguguran acara seperti renang berirama berlaku disebabkan penyertaan yang tidak mencukupi daripada negeri-negeri bertanding.

Menurutnya, sesuatu acara hanya boleh dipertandingkan sekiranya mendapat penyertaan minimum enam negeri.

“Kalau hanya tiga negeri menghantar nama, ia akan digugurkan. Itulah masalahnya kerana selama ini mungkin sukan tersebut tidak mendapat galakkan.

“Ia berlaku naik turun. Dulu polo air juga pernah lama hilang daripada Sukma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis penutupan Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia Milo Ke-61 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, pembangunan sesuatu sukan tidak seharusnya tertumpu kepada negeri tertentu sahaja kerana keadaan itu menyukarkan pertandingan dijalankan secara kompetitif.

“Peringkat nasional perlu melihat bagaimana setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya beberapa sukan tertentu dan bukan hanya dilatih di satu negeri sahaja.

“Kalau begitu memang tidak ada lawan dan pertandingan tidak dapat diadakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyentuh pengurangan jumlah sukarelawan Sukma Selangor daripada 30,000 kepada 5,000 orang.

Katanya, peranan sukarelawan amat penting dalam menjayakan temasya sukan besar termasuk Sukma dan Sukan SEA.

“Kalau dipotong terlalu banyak, adakah ia akan mencacatkan perjalanan acara di venue tertentu?

“Namun kita beri ruang kepada Selangor sebagai tuan rumah dan saya percaya mereka ada cara memastikan pengurangan itu tidak menjejaskan penganjuran Sukma,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: TBBC Sri Aman juara keseluruhan Junior, raih 10 emas di Kejohanan Tinju Bakat Sarawak 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.