Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sivasangari mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Mesir
  • SUKAN

Sivasangari mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Mesir

Utusan Sarawak 1 hour ago
S. SIVASANGARI merangkul pingat emas skuasy perseorangan wanita selepas mengalahkan Chan Sin Yuk dari Hong Kong ketika Sukan Asia 2022. Foto Agensi

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy nombor satu negara S. Sivasangari melangkah bergaya ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Giza, Mesir selepas menewaskan rakan senegara Aira Azman pada aksi pusingan kedua hari ini.

Pilihan kelima kejohanan itu hanya memerlukan 24 minit untuk mencatat kemenangan straight set 11-4, 11-9, 12-10 ke atas pemain pilihan ke-19, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pemain muda negara berusia 21 tahun itu kepada lima kemenangan berturut-turut.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sivasangari bakal berdepan cabaran lebih sengit pada pusingan ketiga menentang pemain Belgium, Tinne Gilis, yang turut mara selepas menewaskan seorang lagi pemain Malaysia, Aifa Azman, 11-7, 11-6, 11-3 dalam satu lagi aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 25 minit.

Sivasangari akan memasuki aksi kelompok 16 terbaik itu dengan sedikit kelebihan rekod pertemuan apabila pernah menang dua daripada tiga pertemuan sebelum ini ke atas Gilis.

Kedua-dua kemenangan pemain negara berusia 27 tahun itu ke atas wakil Belgium berkenaan direkodkan pada Cincinnati Gaynor Cup 2022 dan Grasshopper Cup 2025. – Bernama

Continue Reading

Previous: Abdul Karim harap isu pengguguran acara Sukma diteliti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.