SAMARAHAN: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili yang pertama kali bertanding untuk pilihan raya umum mencabar penyandang di Samarahan, Datuk Rubiah Wang.
Beliau yang berasal dari Kuching dan pernah tiga kali bertanding dalam pilihan negeri mencuba nasib di kerusi Parlimen kali ini.
Terdahulu, Rubiah bersama kira-kira 1,000 penyokong tiba di pusat penamaan calon, Dewan Suarah Samarahan pada kira-kira pukul 8.40 pagi ini.
Turut mengiringi beliau ialah pencadang, Sapawi Samat dan penyokong, Erine Gadul.
Hadir sama bagi memberi sokongan kepada Rubiah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Abang Abdul Halil pula tiba di pusat penamaan calon pada waktu yang sama bersama 15 penyokongnya.
Ketika ditemui media, Abdul Halil berkata jumlah penyokong yang hadir untuk mengiringinya bukan syarat wajib untuk penyerahan pencalonan.
Beliau turut hadir bersama pencadangnya, Sajali Pawi dan penyokong, Awang Julai Awang Udin.