Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari terima kunjungan Pengarah DBPCS
  • TEMPATAN

Abang Johari terima kunjungan Pengarah DBPCS

Utusan Sarawak 5 years ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Patinggi Abang Johari semasa menerima kunjungan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak yang baharu, Abang Haliman Abang Julai di pejabatnya di Kuching, semalam.

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak yang baharu, Abang Haliman Abang Julai di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya, semalam.

Umpama sirih pulang ke gagang, Abang Haliman telah memulakan tugas sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak berkuatkuasa mulai 12 Ogos 2020 (Rabu).

Dalam kunjungan itu, Abang Johari berharap agar Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Abang Haliman.

Abang Haliman menggantikan Abdul Wahab Hamzah yang telah bersara wajib sebelum ini.

Sebelum ini Abang Haliman pernah bertugas sebagai Ketua Unit Penerbitan, kemudian sebagai Timbalan Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (Johor).

Beliau kemudian berpindah tugas sebagai Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Rombongan berkenaan turut diiringi Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Annuar Rapa’ee.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran dapat perhatian Bikers
Next: Naik taraf Klinik Kesihatan Beluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.