Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari terima dua kunjungan hormat
  • SEMASA

Abang Johari terima dua kunjungan hormat

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Michael Wehi Mailetonga Walsh di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini.
Foto Pejabat Premier Sarawak

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima dua kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Kunjungan pertama adalah daripada Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Michael Wehi Mailetonga Walsh.

Selepas pertemuan itu, Walsh memaklumkan kepada media bahawa perbincangan mereka menumpukan kepada kepentingan hubungan antara rakyat kedua-dua negara dalam usaha memperkukuh kerjasama jangka panjang.

“Kami membincangkan hubungan antara New Zealand dan Malaysia, khususnya di Sarawak.

“Kami juga menekankan pentingnya hubungan antara rakyat yang telah lama terjalin. Sebagai rakan, kita perlu terus mengukuhkan hubungan ini demi masa depan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pendidikan merupakan salah satu aspek utama dalam mempererat hubungan antara rakyat Malaysia dan New Zealand.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Fenny Nuli.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Ketua Komuniti, Kerjasama Serantau dan Global, Asia-Pasifik, Shaun Adam di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini.
Foto Pejabat Premier Sarawak

Kunjungan kedua pula melibatkan wakil dari World Economic Forum (WEF), iaitu Ketua Komuniti, Kerjasama Serantau dan Global, Asia-Pasifik, Shaun Adam.

Menurut Adam, perbincangan mereka tertumpu kepada potensi penubuhan kluster industri di Bintulu serta memahami lebih lanjut inisiatif Sarawak dalam peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, khususnya berkaitan hidrogen.

“Ia merupakan pertemuan yang sangat menarik, di mana Premier Sarawak berkongsi pandangannya mengenai beberapa keutamaan negeri dalam tempoh mendatang.

“Kami juga sedang meneroka peluang untuk menjalinkan kerjasama,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pergerakan Wanita PBB susun strategi, perkukuh jentera setiap peringkat
Next: Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun in – JPNIN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.