Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari terima dua kunjungan hormat
  • TEMPATAN

Abang Johari terima dua kunjungan hormat

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Datuk Amar Michael Manyin Jawong (lima, kiri) serta rombongan yang hadir bergambar bersama Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (enam, kiri) semasa Majlis Simbolik Penye- rahan Sumbangan Projektor (LCD) bagi Program STEM kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Green Road, Kuching.

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun  Openg semalam menerima dua sesi kunjungan hormat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Tabung Haji bertempat di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, di sini, pagi semalam.

Kunjungan hormat daripada PERKESO telah diketuai oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed yang bertujuan memaklumkan kepada Abang Johari bahawa PERKESO telah menyalurkan sebanyak RM1.296 billion kepada rakyat Sarawak dalam bentuk gaji, insentif pengambilan pekerja dan padanan caruman untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan kerajaan persekutuan berikutan pandemik Covid-19.

Azman semasa kunjungan hormat ini juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas caruman berjumlah RM4.16 juta untuk 3,004 penjawat awam negeri, yang bertaraf kontrak dan sementara, di bawah skim perlindungan PERKESO.

Kunjungan hormat daripada pihak Tabung Haji pula diketuai oleh Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Saib yang turut disertai oleh Pengarah Lembaga Tabung Haji Sarawak, Amat Kassim Pait dan Ketua Pemasaran Lembaga Tabung Haji Sarawak, Madehi Mahdan.

Tujuan kunjungan hormat Tabung Haji ke atas Abang Johari adalah untuk memaklumkan mengenai perkembangan terkini struktur pengurusan Tabung Haji khususnya pengurusan di Sabah dan Sarawak bagi memastikan kelancaran institusi berkenaan di masa depan.

Pagi semalam juga, Abang Johari turut berkesempatan menyaksikan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Projektor (LCD) bagi Program ‘Science, Technology, Engineering and Mathematics’ (STEM) kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Green Road, Kuching.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan Program STEM ini telah dihadiri oleh

Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong serta diiringi oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr. Sabariah Putit, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Kameri Affandi dan Pengetua SMK Green Road, Ismail Jaya.

Continue Reading

Previous: PKPB DITERUSKAN
Next: Suntikan: Jangan lepas peluang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.