Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari kunjungi rumah Dato K.H Wong sempena Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Abang Johari kunjungi rumah Dato K.H Wong sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 4 months ago

TERTARIK.....Abang Johari serta isteri; Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah (barisan kedua, kanan); Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (barisan kedua, dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Dato K.H Wong (sebelah kiri Premier) menyaksikan persembahan tarian singa.

SIBU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini meneruskan kunjungan ke kediaman Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad, Dato K.H Wong, bersempena sambutan hari kelima Tahun Baharu Cina di bandar ini.

Turut mengiringi beliau ialah isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, bersama beberapa pemimpin lain.

Beliau bersama rombongan tiba di kediaman berkenaan sekitar jam 1.30 petang dan ketibaannya disambut dengan persembahan tarian singa.

Turut menyambut ketibaan Abang Johari ialah Pengerusi Syarikat Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah serta yang lain.

Abang Johari serta isteri berkesempatan meluangkan masa kira-kira sejam setengah bersama keluarga Dato K.H Wong, sambil menikmati pelabagai juadah.

Selepas itu, Abang Johari bersama rombongan meneruskan kunjungan TBC ke lokasi lain yang telah dijadualkan.

Oleh TARANI LANTING dan AKUN GIMAN 

Continue Reading

Previous: Banjir: Ada kanak-kanak seronok di PPS, enggan balik rumah kerana ramai kawan – Fatimah
Next:  “Habis semua barang, rumah rosak teruk… saya tak tahu nak buat apa”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.