Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Jo terima kunjungan hormat Pengarah RTM
  • TEMPATAN

Abang Jo terima kunjungan hormat Pengarah RTM

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Patinggi Abang Johari merakamkan gambar kenangan bersama Abdul Hadi (dua kiri) dan rombongan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching semalam. – PENERANGAN

KUCHING, Isnin – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penyiaran
(RTM) Negeri Sarawak, Abdul Hadi Mohd Yusoff di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah bagi memperkenalkan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak yang baharu. Abdul Hadi memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak bermula 16 Julai 2020.

Semasa kunjungan itu, Abdul Hadi membincangkan peranan RTM dalam memperkemaskan fungsi radio khususnya di negeri Sarawak.

Antaranya kerjasama yang lebih erat dengan agensi-agensi di Sarawak seperti Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), TV Sarawak dan media kerajaan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Ujar beliau, keutamaannya ialah untuk peyampaian maklumat khususnya kepada masyarakat di luar bandar yang masih lagi menggunakan radio sebagai medium peyampaian utama.

Selain itu, menurut Abdul Hadi, RTM akan mengadakan lebih banyak lagi program bual bicara menerusi semua saluran radio Sarawak.

Continue Reading

Previous: Pelepasan air HEP tidak ada kaitan dengan banjir
Next: Tindakan tegas individu ingkar SOP PKPP – Merbin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.