Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Jo terima empat kunjungan hormat
  • TEMPATAN

Abang Jo terima empat kunjungan hormat

Utusan Sarawak 5 years ago
KUNJUNGAN HORMAT… Abang Jo bergambar kenangan bersama rombongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg telah menerima tiga kunjungan hormat, bertempat di

Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

Kunjungan pertama daripada Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Mohammad Hamdan Abdul Wahid.

Kunjungan berkenaan adalah bagi membincangkan pembangunan balai bomba dari segi tugasan pengoperasian, perkhidmatan, masa dan kaedah keselamatan kebakaran terutamanya di kawasan kawasan pedalaman seperti di rumah panjang dan sebagainya.

Turut hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Bahagian Pembangunan (Putrajaya), Othman Abdullah, Pengarah Bomba Negeri Sarawak, Khirudin Drahman, Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Dato’ Mohammad Hamdan Abdul Wahid, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran (Putrajaya), Edwin Galan Teruki dan Pengarah Bahagian Korporat (Putrajaya), Rohani Nadir.

Kunjungan kedua dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berlangsung kira-kira 30 minit membincangkan beberapa perkara berkaitan isu keselamatan dalam negeri dan lain-lain isu yang berkaitan.

Manakala kunjungan ketiga Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Dalam kunjungan kira- kira 20 minit berkenaan adalah bagi membincangkan kerjasama dalam bidang tertentu seperti iOT yang boleh diterokai bersama oleh MPC dengan Kerajaan Sarawak.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Setiausaha Korporat MPC, Roseleena Hashim, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak, Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, Pengarah MPC Wìlayah Sarawak Sarimah Misman dan Pengurus MPC Hafiza Atha Ahmad.

Sejurus selepas itu, Ketua Menteri menerima kunjungan hormat Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang diketuai oleh Pengerusinya, Datu Abdul Ghafur Shariff berserta rombongannya bagi membincangkan beberapa perkara – perkara yang berkaitan.

Turut serta adalah Pengerusi SPANS Datu Abdul Ghafur dan Setiausaha SPANS Fathi Hanbali.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Pustaka Miri sumbang 100 set pelindung muka
Next: Tebingan sungai dipanjangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.