Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Jo selamat tiba di Kapit
  • TEMPATAN

Abang Jo selamat tiba di Kapit

Utusan Sarawak 5 years ago
PERASMIAN… Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Town Square Kapit.

KAPIT: Rombongan Ekspedisi Bermotosikal Sibu-Kapit Melalui Jalan Darat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selamat tiba di pekan Song, tengah hari semalam.

Rombongan tersebut yang disertai oleh kira-kira 80 buah motosikal berkuasa tinggi tiba di Pekan Song sekitar jam 12.45 tengah hari.

Turut menyertai ekspedisi bermotosikal tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi serta kenamaan-kenamaan lain.

Ketua Menteri melakukan tinjauan ke Projek Rakyat Waterfront Song, berehat di Rumah Rehat Song dan makan tengah hari serta Solat sebelum meneruskan ekspedisi ke Kapit.

Ketua Menteri tiba di Kapit sekitar jam 3.30 petang, merasmikan Town Square Kapit, mendengar taklimat mengenai projek Waterfront Kapit Fasa 4.

Pada sebelah malam ini, Ketua Menteri menghadiri majlis makan malam bersama rakyat.

Manakala, pada sebelah pagi hari ini (Isnin) Ketua Menteri melakukan lawatan kerja ke projek pembinaan Jambatan Nanga Mujong, Kapit, berangkat pulang ke Kuching pada sebelah petang.

Projek pembinaan Jalan Kanowit/Song/Kapit sepanjang 101 kilometer melibatkan peruntukan RM751,889,205.42.

Projek pembinaannya bermula dari Jambatan Kanowit ke Kapit melibatkan tiga pakej iaitu A,B dan C, komponen utamanya pembinaan tiga buah jambatan dengan R3 Standard Single Carriageway (Tar Sealed).


Oleh AKUN GIMAN & EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Tuai rumah harus punya kelayakan akademik
Next: James Masing sangkal kenyataan Soon Koh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.