Abang bomba selamatkan si bulus

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan dua anak kucing yang berada di bahagian enjin kereta di Rejang Park, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, Suna Kaha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 10.57 pagi, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, anggota mendapati dua anak kucing berada pada bahagian enjin kereta seperti yang dilaporkan,” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya, komander operasi mengarahkan anggota menangkap anak kucing tersebut menggunakan  pakaian seragam dan pakaian perlindungan diri (PPE) sehingga anak kucing berjaya dikeluarkan.

Oleh AKUN GIMAN