Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abal wakil UiTM Cawangan Sarawak ke Orlando
  • TEMPATAN

Abal wakil UiTM Cawangan Sarawak ke Orlando

Utusan Sarawak 2 years ago
UNTUK KENANGAN… Muhammad Abal Hakim Abal Mukam bergambar bersama pihak UITM Cawangan Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum berangkat ke Orlando, Amerika Syarikat.

KUCHING: Minat seni sejak kecil menjadikan impian Muhammad Abal Hakim Abal Mukam, 19, tertunai apabila terpilih untuk menyertai Kejohanan Dunia Profesional Bertauliah Adobe Certiport 2023.

Abal merupakan pelajar semester dua, Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak akan mewakili Malaysia pada 28 Julai hingga 3 Ogos depan di Orlando, Amerika Syarikat.

“Ini pertama kali saya menyertai pertandingan di Orlando.

“Saya tersenarai dalam pertandingan ini setelah memenangi tempat kedua dan People’s Choice Award dalam pertandingan CCC’s Kejohanan Kebangsaan Adobe Certified Professional Malaysia 2023.

“Pertandingan itu CCEC berlangsung di Kuala Lumpur pada 1 Jun lepas,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

Susulan rekod kemenangan dicapai, Abal layak bertanding mewakili Malaysia ke pertandingan berkenaan bersama para pemenang  yang lain.

Abal yang juga anak jati Kampung Gadong, Beaufort, Sabah itu turut mendapat tajaan Kerajaan Negeri Sabah bernilai RM20,000.

Menurutnya, tajaan itu disampaikan melalui Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ruslan Muharam menerusi secara dalam talian bersama penaja baru-baru ini. 

Selain itu, Abal juga turut mendapat insentif daripada Universiti Teknologi MARA.

Pusingan akhir kejohanan dunia di Orlando nanti akan mengumpulkan semua juara serantau untuk bersaing dalam cabaran reka bentuk akhir. 

Pelajar akan menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign (atau gabungan ketiga-tiga pilihan mereka) untuk menyelesaikan cabaran reka bentuk pertandingan.

Abal akan berangkat dari Kuala Lumpur (KLIA1) Khamis ini, dan dijangka kembali ke tanah air 4 Ogos depan.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Capaian internet menyeluruh di klinik Sarawak menjelang 2026
Next: Hari Muzium Antarabangsa berpotensi tersenarai dalam kalendar pelancongan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.