Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik selangkah lagi raih gelaran pertama tahun ini
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik selangkah lagi raih gelaran pertama tahun ini

Utusan Sarawak 6 months ago

Beregu lelaki negara Soh Wooi Yik-Aaron Chia mara ke perlawanan akhir Korea Masters 2024 selepas menewaskan gandingan Taiwan, Chi Hsiang-Wang Chi Lin, 21-17, 21-16 di Gimnasium Iksan, hari ini. - AFP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran pertama musim ini apabila mara ke final Masters Korea di Iksan City, Korea Selatan, hari ini.

Pada perlawanan di Gimnasium Iksan itu, beregu ranking enam dunia itu hanya memerlukan masa 36 minit untuk menewaskan pasangan ranking ke-76 dunia dari Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin 21-17, 21-16.

Tampil sebagai pilihan utama kejohanan berstatus Super 300 BWF itu, Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu beregu bukan pilihan Jin Yong-Kim Won Ho di final esok.

Pasangan tuan rumah itu terpaksa bermandi peluh selama 79 minit untuk bangkit menewaskan rakan senegaranya Ki Dong Ju-Seo Seung Jae, 16-21, 21-19, 21-16 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Gelaran Jelajah Dunia pertama dan terakhir Aaron-Wooi Yik adalah pada Terbuka Denmark 2023 dan pencapaian terbaik tahun ini adalah mempertahankan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting Adli ‘Goldenboy’ Hafidz
Next: Liverpool terus selesa di puncak liga, setelah City tewas kepada Brighton

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.