Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AADK Miri berkongsi pendekatan penyalahgunaan dadah kepada 616 orang murid  
  • WILAYAH

AADK Miri berkongsi pendekatan penyalahgunaan dadah kepada 616 orang murid  

Utusan Sarawak 11 months ago
PELAPIS NEGARA… Minggu Antidadah dan Rokok Peringkat Sekolah anjuran SJKC Chung Hua Pujut dihadiri oleh 616 orang murid Tahap 2.

MIRI: Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah satu slot yang cukup besar ertinya untuk negara dalam usaha Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri membanteras penyalahgunaan dadah.

Berikutan itu, menurut jurucakap AADK Miri dalam satu kenyataan, seramai 616 orang murid Tahap 2 telah menyertai program anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Pujut bersempena Minggu Antidadah dan Rokok Peringkat Sekolah.

Bagi menjayakan program tersebut, pihak penganjur telah menjemput dua Pegawai AADK Daerah Miri untuk menyampaikan ceramah, kelmarin iaitu Syahrul Abu Bakar dan Khairul Fadzli Kedri.

Selain penyampaian ceramah, jurucakap AADK itu berkata, turut diadakan ialah pameran Pendidikan Pencegahan Dadah yang dijalankan di dewan sekolah tersebut.

Membanteras dadah merupakan satu tugas mencabar, namun dengan keazaman yang tinggi, menyeluruh dan bersepadu, kata jurucakap itu, setiap pihak pasti menggenggam kejayaan membanteras najis negara tersebut.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Perkasa program tarik kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Next: Rumah panjang terputus akses internet gara-gara kabel menara telekomunikasi dicuri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.