SARIKEI: Tiga lokasi awam di sini telah menjalani proses sanitasi, Khamis lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin berkata, pihaknya dengan kerjasama Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan polis menjalankan operasi sanitasi awam itu.
“Operasi sanitasi dijalankan di tiga lokasi iaitu di Taman Tasik Sarikei, tandas awam Sungai Nyelong dan taman permainan Sungai Rejang.
“Operasi bermula pada jam 2. 30 petang hingga jam 4.40 petang,” katanya ketika dihubungi pemberita, petang semalam.
Ujarnya, seramai 12 kakitangan MDS, 5 anggota bomba dan 3 anggota polis menyertai operasi sanitasi tersebut.
Operasi sanitasi awam dilakukan bagi membantu mengekang penularan wabak pandemik Covid-19 di tempat awam.
Katanya, selepas tamat operasi sanitasi, pelaksanaan proses saringan nyahcemar (decon) dilakukan ke atas anggota-anggota yang terlibat.