Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertandingan bola keranjang: 14 pasukan berentap rebut juara
  • SUKAN

Pertandingan bola keranjang: 14 pasukan berentap rebut juara

Utusan Sarawak 16 hours ago
UNTUK ALBUM….Penghulu Huang Tiong Kang (lapan, kiri) bergambar bersama para peserta Pertandingan Bola Keranjang Terbuka Zon Barat Sarawak 2025.

SARIKEI: Sebanyak 14 pasukan telah bertanding di Pertandingan Bola Keranjang Terbuka Zon Barat Sarawak 2025 anjuran Kelab Bola Keranjang Repok bertempat di Stadium Bola Keranjang Susur Jambu.

Pertandingan tersebut bermula pada 16 Mei dan dijangka menutup tirainya pada 29 Mei 2025.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, 10 dari pasukan tersebut adalah pasukan lelaki dan empat pasukan wanita.

“Kejohanan ini berjaya menarik penyertaan pelbagai pasukan dari luar kawasan, bukan sahaja untuk merancakkan perkembangan sukan bola keranjang, malah turut berjaya menarik minat orang ramai untuk hadir menyaksikan pertandingan, sekali gus menyemarakkan lagi suasana kejohanan.

“Saya ingin menekankan betapa pentingnya bola keranjang dalam memupuk perpaduan komuniti serta membentuk perkembangan fizikal dan mental dalam kalangan belia.

“Bola keranjang bukan sekadar satu sukan, ia adalah wadah untuk memupuk semangat berpasukan dan daya saing yang sihat,” katanya.

Tiong Sii berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakil beliau.

“Diharapkan kejohanan seperti ini dapat menarik lebih ramai belia menyertainya, bukan hanya untuk bersukan, tetapi juga untuk meningkatkan kemahiran mereka.

“Bola keranjang adalah sukan yang penuh dengan semangat dan tenaga. Ia bukan sahaja menguji kekuatan fizikal dan kemahiran, malah menyerlahkan semangat berpasukan, daya juang, serta kepercayaan terhadap usaha yang berterusan.

“Melalui perlawanan ini, kita bukan sahaja dapat menguatkan badan dan minda, tetapi juga menjalin persahabatan dan mengeratkan hubungan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berjanji akan terus memberi sokongan penuh demi kemajuan sukan bola keranjang dan bersama-sama berusaha membawa lebih banyak kejayaan kepada Sarikei dalam bidang sukan ini.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Next: Selagi tak mati, patah tangan selagi itu terus berjuang – Azlan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.