Misa perasmian Paus Leo XIV bermula di Dataran St Peter hari ini

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PAUS Leo XIV menyampaikan doa Regina Caeli selepas Misa Kudus untuk Permulaan Kepausannya, di dataran St Peter di Vatican, hari ini. -Foto AFP

VATICAN: Misa perasmian Paus Leo XIV bermula di Dataran St Peter hari ini, disaksikan oleh ratusan kenamaan termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat, James David Vance, serta puluhan ribu penganut Katolik.

Robert Francis Prevost, kelahiran Chicago menjadi orang Amerika pertama yang secara rasmi mengetuai 1.4 bilion penganut Katolik di dunia pada 8 Mei lalu, melakukan pusingan pertama beliau di dataran itu menaiki ‘popemobile’ sebelum misa bermula. -AFP