Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN perkukuh kerjasama dengan kerajaan Sarawak, agensi penguat kuasa
  • SEMASA

KPDN perkukuh kerjasama dengan kerajaan Sarawak, agensi penguat kuasa

Utusan Sarawak 1 day ago
DR Fuziah Salleh pada sidang media di Terminal Minyak Bebas (IOT) Senari pada Ahad. -Foto TVS

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi penguat kuasa bagi menangani isu ketirisan diesel di negeri itu.

Timbalan Menterinya Dr Fuziah Salleh berkata pendekatan bersepadu antara KPDN dan agensi penguat kuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) amat penting memandangkan KPDN tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan di kawasan sempadan dan perairan.

“Risikan, pemantauan serta tindakan rampasan hanya akan berkesan apabila semua agensi bergerak secara seiring. Ketirisan bahan api bersubsidi tidak boleh ditangani secara bersendirian,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Senari Synergy Independent Oil Terminal (IOT), hari ini.

Fuziah berkata berdasarkan statistik Op Tiris 3.0 tahun lepas, dari Januari hingga 16 Mei, sebanyak 950 kes ketirisan bahan api dikesan di seluruh negara, dengan 187 kes berlaku di Sarawak sekali gus menjadikan negeri itu penyumbang terbesar dari segi nilai rampasan diesel.

“Angka itu membimbangkan, menunjukkan ketirisan di Sarawak agak statik berbanding penurunan ketara yang dilihat di Semenanjung selepas pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Sebanyak tujuh stesen minyak di kawasan sempadan Sarawak juga telah dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya ketirisan subsidi.

“Justeru, KPDN memperhebat operasi pemantauan dan bekerjasama dengan pemilik stesen untuk mengekang aktiviti pembelian berulang atau mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata isu ketirisan subsidi perlu ditangani secara holistik dan penglibatan masyarakat juga penting dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Mengenai Gas Petroleum Cecair (LPG), Fuziah berkata LPG di Sarawak tertakluk kepada Ordinan Pengedaran Gas Sarawak dan hanya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan sahaja terpakai di negeri itu.

“Kerjasama antara KPDN dan kerajaan negeri sangat penting untuk memastikan harga kekal stabil walaupun di kawasan sukar akses. 

“Kerajaan akan memperluas program Community Drumming supaya bekalan LPG sampai ke kawasan pedalaman tanpa membebankan pengguna dengan kos logistik,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bau bandar transit utama sempadan
Next: AKPS perkukuh kesiapsiagaan di pintu masuk negara, pastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.