Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelukan terakhir arwah kekal dalam ingatan – Adik
  • SEMASA

Pelukan terakhir arwah kekal dalam ingatan – Adik

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADIK kepada jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah, Anggiat Tambunan Nordin (duduk, kanan) menunjukkan gambar mereka sekeluarga bersama arwah kakaknya, Norizah, ketika ditemui pemberita di kediaman arwah di Kampung Low Piak, Taman Nira, di sini hari ini. Foto Bernama

BATU PAHAT: Pelukan terakhir seorang kakak terhadap adiknya sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Khamis lepas menjadi kenangan abadi yang tidak mampu dilupakan sampai bila-bila.

Bagi Anggiat Tambunan Nordin, 44, pemergian arwah kakaknya, Norizah Tambunan Nordin, 47, satu kehilangan cukup besar kerana keakraban hubungan semenjak mereka kecil.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga reda dengan pemergian itu dan menganggapnya cukup bertuah bagi arwah kerana meninggal dunia di Tanah Suci yang menjadi impian mereka yang beragama Islam.

“Antara perbualan terakhir kami, selamat dunia, selamat akhirat dan apabila teringatkan kata-kata titu saya berasa sebak kerana itu masanya saya bertemu dan berbual secara berdepan dengan arwah untuk kali terakhir, sebelum arwah masuk ke balai pelepasan kira-kira 8.20 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

“Sebenarnya saya agak terkejut juga apabila menerima perkhabaran yang kakak saya meninggal dunia ketika hendak melakukan tawaf, dengan punca kematian akibat serangan jantung, dia tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman arwah di Kampung Low Piak, Taman Nira, di sini hari ini. 

Beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat menghantar mesej memberitahu rombongannya selamat mendarat di Lapang Terbang Antarabang King Abdulaziz, Jeddah pada 1.30 pagi waktu tempatan (waktu Arab Saudi).

Anggiat berkata perkara yang akan sentiasa diingatinya ialah satu sudut di bahagian rumahnya yang dijadikan sebagai surau oleh ahli keluarga dan arwah sering menghabiskan masanya di situ.

“Arwah apabila balik kerja, kebanyakan masanya dihabiskan di situ, bersolat dan membaca al-Quran. Kadangkala, dia akan tidur di situ,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan ia satu kehilangan besar bagi penjawat awam negeri ini.

“Kerajaan negeri memberikan pampasan berjumlah RM7,800 dan telah dikreditkan ke dalam akaun Lembaga Tabung Haji (TH) arwah Norizah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarhamah Norizah disahkan meninggal dunia di pekarangan Masjidil Haram, Mekah pada Jumaat 6.20 pagi waktu tempatan (waktu Arab Saudi) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sharayaa 64.

Allahyarhamah seorang daripada jemaah Haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) yang tiba di Arab Saudi pada 15 Mei lepas. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, angin kencang di lapan negeri petang ini
Next: Pendekatan ala ‘Ngap Sayot’ bekerja secara berpasukan perlu – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.