Dayang Nurfaizah terima Anugerah Khas Borneo MeleTOP

Facebook
WhatsApp
DAYANG Nurfaizah menyampaikan ucapan ringkas selepas menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP di Konsert MeleTOP TVS, malam tadi. Foto TVS

MIRI: Penyanyi tersohor, Dayang Nurfaizah meluahkan rasa syukur selepas menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP di Konsert MeleTOP TVS, malam tadi.

“Saya sangat bersyukur dan rasa dihargai. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini,” katanya dipetik dari gempak online.
Anugerah disampaikan oleh Datuk Norhyati Ismail (Pengerusi TVS) dan Mohamad Sardon Zainal (Pemangku CEO TVS) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Dayang dalam industri muzik serta usahanya mengangkat nama Borneo di pentas nasional.

Penyanyi Nadeera turut mempersembahkan dua lagu popular Dayang Nurfaizah berjudul Hakikat Cinta dan Erti Hidup sebagai penghormatan.

Konsert MeleTOP TVS berlangsung di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) dan disiarkan secara langsung di TVS (Saluran 122), Astro ONE, dan Sooka.

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi