Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abdul Karim dilantik Ketua Penerangan Parti PBB
  • SEMASA

Abdul Karim dilantik Ketua Penerangan Parti PBB

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media selepas pelantikannya sebagai sebagai Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk tempoh 2025 hingga 2028 malam tadi. Foto UKAS

KUCHING: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk tempoh 2025 hingga 2028.

Pengumuman pelantikan itu diumumkan Presiden PBB yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Abdul Karim menggantikan Datuk Idris Buang yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi PBB.

Ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan, Abdul Karim menzahirkan penghargaan kepada pimpinan PBB atas kepercayaan untuk beliau menggalas jawatan itu.

“Saya akan bekerjasama dengan Setiausaha Agung dan Presiden parti agar apa-apa kenyataan yang dikeluarkan tidak berbentuk peribadi, tetapi mewakili pandangan PBB,” katanya.

Pada 16 Februari lepas, Abdul Karim yang merupakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan parti.

Berdasarkan keputusan diumumkan Pengerusi Pemilihan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Abdul Karim meraih 669 undi sekali gus meletakkan beliau di tempat kelima daripada enam calon bertanding.

Hanya empat calon dengan undian tertinggi memenangi jawatan berkenaan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gunakan situasi politik semasa untuk perkukuh PKR di Sarawak
Next: Pelantikan MKT PBB baharu, gabungkan veteran, pemimpin pelapis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.