Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gunakan situasi politik semasa untuk perkukuh PKR di Sarawak
  • SEMASA

Gunakan situasi politik semasa untuk perkukuh PKR di Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi berucap pada Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Pusat Konvensyen Penview Kuching (PICC) malam tadi. Foto BERNAMA

KUCHING: Ahli PKR di Sarawak dinasihatkan untuk menggunakan situasi politik di negeri ini sekarang sebagai ruang untuk mengumpul kekuatan bagi menghadapi cabaran masa hadapan, kata calon Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata dalam keadaan rakyat Sarawak lebih cenderung untuk menyokong kerajaan negeri sedia ada, ahli parti berkenaan perlu menggunakan keadaan itu untuk ‘melabur’ bagi melahirkan generasi kepimpinan baharu parti.

“Masa kitaran kita di bawah ialah masa yang baik untuk kita melabur bagi masa depan parti. Gunakan masa ini membina bakat baharu kerana kitaran itu akan datang dan akan berlaku,” katanya semasa berucap pada Program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di sini malam tadi.

Beliau berkata berdasarkan penglibatan parti itu dalam pilihan raya sebelum ini di Sarawak, PKR telah menunjukkan potensi untuk memenangi sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen pada masa akan datang.

“(Parlimen) Miri memanglah kubu kita dekat sinilah (di Sarawak), tetapi akan tetap ada dua atau tiga kerusi Parlimen lain yang sebenarnya sentiasa ada potensi,” katanya dan menambah kerusi berkenaan termasuklah Kanowit, Selangau dan Puncak Borneo.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PKR berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Miri untuk tiga penggal berturut-turut sejak PRU-13 pada 2013.

Rafizi berkata parti itu juga pernah menang di Parlimen Selangau dan Puncak Borneo, sementara tewas tipis di Parlimen Kanowit pada PRU-15.

Beliau berkata sesiapa yang bakal dipilih dalam pemilihan parti pada 23 Mei ini harus memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan ahli parti di Sarawak, khususnya dalam memastikan PKR kekal relevan di negeri itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM hulur sumbangan keluarga kanak-kanak lemas
Next: Abdul Karim dilantik Ketua Penerangan Parti PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.