Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wakil rakyat GPS diingat tidak lupa tanggungjawab
  • TEMPATAN

Wakil rakyat GPS diingat tidak lupa tanggungjawab

Utusan Sarawak 19 hours ago
 PRESIDEN Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing

SIBU: Wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan supaya tidak lupa tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan rakyat serta mengekalkan keharmonian dalam gabungan itu demi masa depan rakyat Sarawak.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berkata kedudukan yang disandang wakil rakyat bukanlah lambang darjat sebaliknya mandat yang harus dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Kerusi yang kita duduki bukanlah satu kebanggaan peribadi tetapi adalah kepercayaan rakyat untuk kita memperjuangkan hak dan nasib mereka tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra Gawai 2025 anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Pusat Khidmat PDP Dudong dan PDP Sibu malam ini.

Tiong, yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong berkata semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen GPS perlu dipelihara serta dipertingkat dari semasa ke semasa.

Beliau turut menyokong saranan Naib Presiden Kanan PDP Datuk Seri Wong Soon Koh agar semua anggota GPS mengelakkan tindakan yang mampu melemahkan antara satu sama lain termasuk gerakan di peringkat akar umbi untuk saling menjatuhkan.

“Kita perlu menghormati satu sama lain. Sikap angkuh atau ego dalam kalangan pemimpin hanya akan meretakkan hubungan dalam GPS dan memberi kelebihan kepada pihak lawan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perpecahan dalam gabungan itu boleh membawa kemusnahan seperti yang berlaku dalam beberapa parti politik di Semenanjung Malaysia.

“Kalau parti kita tidak aman, akhirnya rakyat akan hilang kepercayaan dan kita akan dibuang begitu sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Tiong berkata keharmonian dan perpaduan adalah asas penting untuk semua komponen GPS mencapai misi bersama dalam memperjuangkan hak rakyat dan membangunkan Sarawak secara menyeluruh.

“Kalau kita bersatu, tidak ada siapa boleh menggugat kita. Fokus utama kita adalah untuk memastikan rakyat Sarawak terus maju dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan pertimbang bina pusat akuatik mini di Bau
Next: Program Kuching X-Tive Urban Nature Run, galak gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.